Monday 4 February 2013

Penggunaan KALIMAH ALLAH

Assalamualaikum wbt..semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat..;)

Sekarang ini isu penggunaan 'kalimah Allah' tengah HOT diperkatakan samada di berita tv ataupon di corong2 radio.

Baru2 ini admin ada dengar ceramah oleh seorang ustaz dan dia telah sentuh isu kalimah Allah. Beliau ada menerangkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya dibenarkan dengan merujuk pada surah al Ikhlas.



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Maksud pada ayat pertama:
Katakanlah (Muhammad).  Dialah Allah, Yang Maha Esa.
    -Dengan kata lain maksudnya Allah  itu  SATU. Bukan dua bukan tiga.

Maksud ayat kedua:
Allah tempat meminta segala sesuatu.
    -Dengan kata lain ialah, minta HANYA pada ALLAH

Maksud ayat ketiga:
(Allah) tidak beranak dan tidak pula diberanakkan.

Maksud ayat keempat:
Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia (Allah).
    -Dengan kata lain, tidak ada satu benda pon yang boleh disamakan dengan Allah.

Itulah serba sedikit penjelasan yang telah diberikan oleh ustaz tersebut.
Sharing ^_^


 


No comments:

Post a Comment