Saturday 1 December 2012

Bersangka Baik ;)


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.” [al Hujurat, 49:12]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ;)

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah.

Apa itu husnuzon? Husnuzon adalah bersangka baik. Ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam kerana perbuatan ini dapat mengelak dari menuduh orang lain berbuat keburukan. Jika tidak ada bukti yang kukuh akan membawa kepada FITNAH!  Nauzubillah himinzalik..

“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
[al Isra', 17:36]

Bersangka baik mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan. Antaranya hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik. Ini kerana, apabila hati bebas dari bersangka buruk, maka yang ada dalam hatinya adalah sangkaan yang baik-baik belaka, Bayangkan jika hati penuh dengan sangka buruk, sudah pasti apabila lihat sahaja muka saudaranya itu akan timbul perasaaan benci, geram dan segala dendam, biarpun sangkaannya itu belum terbukti benar, nauzubillah.
Selain itu, bersangka baik juga dapat membersihkan hati dari titik-titik hitam. Titik hitam ini hanya singgah pada hati yang kotor. Jika hati sudah penuh dengan titik hitam, maka proses pembersihannya juga menjadi sukar. Bukankah mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi, marilah kita mencegah perkara-perkara mungkar dari terus berkumpul di hati kita.

Pesanan Sheikh Abdul Qadir Jailani agar kita sentiasa bersangka baik sesama insan…

1. Jika engkau bertemu seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.”

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.”

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu;
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu;
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”



Ingat bersangka baik ye..Sedikit peringatan buat kita bersama..

Sharing…^_^  wassalam.

No comments:

Post a Comment