Tuesday 6 November 2012

Aqiqah Dan Korban



Mengenai permasalahan Aqiqah... Ulama' Fiqh berselisih faham mengenai hubungkait permasalahan tentang aqiqah bagaimanapun terdapat 7 tempoh yang dibenarkan dalam Aqiqah seperti yang saya dengar pada Kuliah mengenai Qurban dan Aqiqah... Antara 7 Tempoh dalam Aqiqah itu ialah:


7 Hari selepas Kelahiran
Sebelum Habis Tempoh Nifas (sebelum hari yang ke 40, Wallahualam betulkan saya jika tersilap... mohon maaf)
Sebelum Putus menyusu (Sebelum Umur Bayi itu 2 tahun).
Sebelum Umur 7 tahun.
Sebelum mencapai Akil Baligh
Sebelum umur 40 tahun (Gugur kewajipan Aqiqah ke atas Ibu Bapa)
Sebelum meninggal dunia (Gugur kewajipan Aqiqah ke atas Ibu Bapa)

Dalam kitab Kifayatul-Akhyar, pengarangnya (Syeikh Taqiyuddin al-Husaini) menjelaskan dengan lebih terperinci; “Sebaik-baiknya aqiqah dilakukan pada hari yang ke tujuh.[1] Jika tidak dilakukan pada hari ke tujuh, disunatkan dilakukan sebelum habis tempoh nifas. Jika selepas selesai nifas masih belum dilakukan, maka disunatkan sebelum putus menyusu. Jika belum dilakukan juga, maka disunatkan sebelum berumur tujuh tahun. Jika masih juga belum dilakukan, maka disunatkan sebelum mencapai umur baligh. Jika setelah sampai umur baligh masih belum lagi diaqiqahkan, maka gugur sunat tersebut dari wali/penjaga dan ketika itu diberi pilihan kepada bayi untuk melakukan aqiqah bagi dirinya (apabila ia dewasa nanti)” (Halaman 534).




No comments:

Post a Comment